Tuesday, February 16, 2010

TAZKIRAH MESYUARAT AGONG PIBG SMK JUGRA

DENGAN TAJUK "DIMANAKAH HAK ANAK!"






Tuesday, December 1, 2009

HANYA 1 PERSINGGAHAN

SEJENAK DI SMKTPG, SUKA DUKA KEHIDUPAN
SEKETIKA BERSAMA, KENANGAN TERPAHAT
SALAM KEMAAFAN BUAT TEMAN-TEMAN
DI ATAS KETERLANJURAN KATA DAN BICARA
PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI
LANGKAH PERLU DITERUSKAN
DIRI PERLU DIDIDIK SEBELUM MENDIDIK
SALAM TERAKHIR DI SMKTPG....

Friday, November 6, 2009

KURSUS PENGURUSAN BILIK SUMBER PPDa












Seramai 60 orang peserta dikalangan guru-guru setiap daerah sekitar Negeri Selangor menjalani kursus di Pangkor Bay View. Kursus bermula 3 hingga 6 Nov 2009. Peserta yang terpilih merupakan Jurulatih Utama (JU)PPDa setiap daerah.

Di antara jejaka idaman Malaya.
Lawatan ke SMK Seri Samudera, Manjung, Perak.

Wednesday, September 9, 2009

SIRAH NABI DALAM TUNTUTAN NAFKAH BAGI MEREKA YANG BERFIKIR

Hafshah adalah isteri Nabi SAW yang paling banyak bertanya dan banyak berkata-kata kepada Nabi SAW tentang sesuatu yang tidak penting dipertanyakan. Sememangnya dia beperwatakan kasar serta tetap dengan pendiriannya tetapi jauh di sudut hatinya dia seorang yang berlemah lembut dan dia adalah puteri kepada khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin Al-Khathab r.a.

Pada suatu hari para isteri Nabi SAW berkumpul di rumah Hafshah dan membicarakan sesuatu yang berkenaan dengan tuntutan nafkah. Isteri-isteri baginda SAW berbincang serta bersetuju menyuarakan agar mereka meminta tambahan nafkah daripada Rasulullah SAW. Disebabkan Hafshah yang paling berani, maka dengan keberaniannya itu, Hafshahlah yang terpilih sebagai wakil dan jururunding kepada Nabi SAW.

Mendengar kepada permintaan tersebut, Nabi SAW sangat marah dengan sikap isteri-isterinya yang meminta tuntutan tambahan nafkah daripada baginda SAW. Padahal mereka pun sedia maklum dan tahu, bahawa Nabi SAW tidak mempunyai apa-apa, namun mereka tetap meminta tambahan. Ini kerana mereka melihat isteri-isteri orang Yahudi yang begemerlapan dengan perhiasan, cantik berpakaian. Sesuai dengan naluri kewanitaan, mereka iri hati melihat perhiasan, kesenangan dan kemewahan.

Tuntutan mereka telah membangkitkan kemarahan Rasulullah SAW. Lalu baginda SAW menjauhi isteri-isterinya ke suatu tempat yang khusus, sebuah bilik yang dipanggil "Khazanah". Di pintu bilik itu dijaga oleh seorang hamba baginda SAW yang bernama Robbah dengan menerima pesanan dari baginda SAW agar tidak membenarkan sesiapapun masuk. Nabi SAW melakukan sedemikian selama sebulan lamanya.

Isteri-isteri Nabi SAW amat menyesali akan perbuatan mereka itu khususnya Hafshah. Hafshahlah punca keadaan ini berlaku serta menyebabkan kemarahan baginda SAW. Dia benar-benar menyesal dengan perbuatannya itu. Mendengar perkhabaran itu telah membangkitkan pula kemarahan kepada bapanya (Umar Al-Khathab r.a).

Umar r.a berkata kepada puterinya Hafshah: "Rasulullah SAW akan menceraikanmu".

Hafshah menjawab dengan menggelengkan kepala: "Tidak tahu".

Berkata Umar r.a lagi: "Baginda SAW sudah menjatuhkan cerai satu kali kepadamu, namun baginda SAW merujuknya kembali kerana baginda SAW melihat ayahmu ini, tahu!".

Umar r.a pada ketika itu benar-benar marah kepada puterinya itu, lalu berkata: "Andainya Rasulullah SAW tetap menceraikanmu, sungguh aku ayahmu tidak akan berbicara padamu selama-lamanya".

Demikianlah Rasulullah SAW memutuskan, kalau itu yang diminta (duniawi), jawabnya adalah menceraikannya dengan cara yang baik. Keputusan baginda SAW dibuat berdasarkan wahyu Allah SWT ketika bersendirian di "khazanah", firman-Nya

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kalian menghendaki kehidupan dunia dan segala perhiasannya, maka kemarilah, Aku akan memenuhi keinginanmu itu dan Aku akan menceraikanmu secara baik-baik. Dan jika kalian menginginkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) akhirat, sesungguhnya Allah SWT akan menyediakan bagi hamba-hamba yang baik di antara kalian pahala yang besar..." (Surah al-Ahzab: 28-29).

Wednesday, July 22, 2009

REJAB BULAN ALLAH

Rejab digelar bulan Allah. Dikatakan begitu kerana ia adalah satu bulan yang mulia di mana Allah telah bermurah hati mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya, mengangkatkan darjat mereka serta melipatgandakan pahala mereka yang melakukan amal ibadat dalam bulan ini. Sekiranya dalam bulan-bulan biasa, satu kebajikan dibalas dengan 10, tetapi dalam bulan Rejab setiap kebajikan dibalas dengan 70. Dalam bulan ini juga Allah telah menjalankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa dan dari sana pula dibawa ke Sidratul Muntaha, untuk menerima kewajiban solat 5 waktu sehari semalam.

Setiap kali kedatangan bulan Rejab, seorang abidah (waniita yang kuat beribadat) mewiridkan bacaan 'Qulhuwallahu Ahad' sebanyak 11 kali selepas solat Subuh. Ini dilakukannya setiap hari sepanjang Rejab pada tiap-tiap tahun. Usaha ini dilakukannya sebagai tanda memuliakan Bulan Rejab. Selain itu, wanita ini akan memakai pakaian yang kasar menggantikan pakaian biasa yang dipakainya pada bulan-bulan lain.

Suatu hari, dia jatuh sakit. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu sempat berwasiat kepada anak-anaknya jika dia mati kafankannya dengan kain kasar yang dipakainya. Dalam keadaan yang tenang, wanita itu menghembuskan nafasnya yang akhir. Semasa mengkafankan jenazah ibunya, anak-anaknya terasa aib untuk menggunakan kain kapan yang sudah uzur dan lusuh, lalu menggantikannya dengan kain kafan yang baru.

Pada malam itu, anaknya bermimpi berjumpa ibunya. Ibunya bertanya mengapa mereka tidak mematuhi wasiatnya. Perbuatan mengkafannya dengan kain baik menyebabkan ibunya tidak meredhai mereka. Sebaik saja anaknya terjaga, dia berasa amat sedih dan menyesal atas perbuatannya. Dia segera ke kubur pada malam itu juga lalu menggali kubur ibunya untuk menggantikan dengan kain kafan yang lusuh. Alangkah terperanjatnya apabila mendapati mayat ibunya tidak ada di situ.

Anaknya berasa amat hairan. Tiba-tiba kedengaran satu suara 'Hai anak! Tidakkah kau tahu bahawa orang yang memuliakan bulan Rejab tidak akan bersendirian di dalam kubur.' Mendengar suara itu, anaknya segera faham. Dia pun menimbus semula kubur yang digalinya lalu beredar dari situ. Wallahu 'Alam.

Moral & Iktibar

1. Sesiapa yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan Allah.
2. Allah lebih suka melihat hambaNya yang beramal sedikit tetapi berkekalan
daripada mereka yang beramal banyak tetapi tidak kekal.
3. Kita hendaklah mencari keredhaan ibu kerana keredhaan Allah bergantung pada
keredhaannya.
4. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Dalam kata-kata lain salah satu syarat untuk
memasuki syurga ialah mentaati kedua ibu bapa.
5. Anak yang taat akan segera meminta keampunan daripada ibubapa jika dia melakukan
kesalahan.
6. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimasukkan ke dalam syurga.
7. Liang lahad (tanah perkuburan) menjadi pintu syurga bagi mereka yang beramal
soleh. Sebaliknya akan bertukar menjadi pintu neraka bagi mereka yang kufur
dengan Allah.
8. Liang lahad menjadi amat luas dipenuhi dengan taman syurga untuk mereka yang
taat kepada Allah dan RasulNya.
9. Liang lahad juga menjadi amat sempit dengan dipenuhi dengan ular dan kala
jengking yang sentiasa menyeksa mayat yang kufur dan sentiasa membuat maksiat di
dunia ini.
10. Kejadian ini berlaku adalah kerana Allah hendak membukakan rahsia balasan Allah
kepada orang yang memuliakan bulan Rejab.
11. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini tidak berlaku secara sia-sia. Bahkan
ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya. Inilah yang perlu kita fikirkan untuk
diambil iktibar.
12. Amal ibadat semasa hidup menjadi teman sejati semasa di kubur. Harta kekayaan
yang dikumpul semasa di dunia belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat.

Tuesday, June 16, 2009

ISTERI YANG TAAT KEPADA SUAMI

Ada sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya : "Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang." Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w.

Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu : "Agar dia mentaati suaminya". Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.

Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi, Maksudnya : "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya."

Thursday, April 30, 2009

NILAI PERSAHABATAN

Suatu hari, Nabiyullah Isa AS melakukan perjalanan dengan seorang temannya. Mereka hanya berbekal tiga potong roti. Ketika sampai di suatu tempat, mereka berdua beristirahat.
"Bawa roti itu kemari," kata Nabi Isa AS kepada temannya.
Lelaki itu memberikan dua potong roti.
"Mana yang sepotong lagi?" tanya nabi Isa.
"Aku tidak tahu."

Setelah masing-masing makan sepotong roti, keduanya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai ke tepi laut. Nabiyullah Isa menggelar sajadahnya di atas laut, mereka berdua lalu berlayar ke seberang.

"Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa kepada temannya."Aku tidak tahu."

Mereka kemudian melanjutkan perjalanan. Di tengah jalan mereka melihat seekor kijang. Setelah dipanggil, kijang itu pun datang menghampiri beliau. Beliau lalu menyembelih, memanggang dan memakannya. Sehabis makan, Nabi Isa berkata kepada tulang-tulang kijang, "Berkumpullah kamu." Tulang-tulang itu pun berkumpul. Beliau lalu berkata, "Dengan izin Allah, jadilah kalian seperti semula." Tulang-tulang itu segera bangkit dan berubah menjadi kijang."Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?" tanya Nabi Isa AS."Aku tidak tahu," jawab temannya.

Nabiyullah Isa bersama temannya kembali melanjutkan perjalanan hingga sampai pada sebuah tempat. Mereka duduk beristirahat. Nabiyullah Isa memungut tiga bongkahan batu.
"Dengan izin Allah, jadilah emas," kata Nabi Isa AS.
Batu itu pun segera berubah menjadi emas.
"Ini untukku, yang ini untukmu dan yang satu lagi untuk orang yang telah makan sepotong roti itu," kata Nabiyullah Isa:
"Akulah yang telah makan roti itu," kata temannya.
"Ambillah semua emas ini, aku tak mau berteman dengan pendusta," kata beliau sambil meninggalkan temannya.

Lelaki tadi lalu duduk di dekat emasnya. Ia tidak mampu membawa ketiga-tiganya, tetapi juga tidak rela meninggalkan sebagian darinya. Ketika ia sedang memikirkan cara membawa ketiga bongkahan emas itu, datanglah dua orang lelaki. Melihat keindahan emas itu, timbul keinginan di hati kedua orang itu untuk memilikinya.
"Kalian tidak pantas mengambil milikku dan kalian sama sekali tidak akan mendapatkan bagian," kata pemilik emas.

Melihat mereka berdua hendak membunuhnya, ia segera berkata, "Emas ini kita bagi saja, satu untukku dan sisanya untuk kalian berdua."Mereka pun rela dengan pembagian itu.

"Ambillah secuil dari bongkahan emas ini, pergilah beli makanan," kata pendatang kepada pemilik emas.
Setelah mengambil secuil emas, ia lalu pergi membeli makanan untuk mereka bertiga.

"Untuk apa aku membagi emas itu dengan mereka berdua, emas itu kan milikku," pikir si pemilik emas. Timbullah niat untuk meracuni makanan.

"Jika mereka berdua mati, emas itu akan jatuh ke tanganku lagi," pikir si pemilik emas.
Ia lalu membeli racun yang paling ganas, siapa pun yang memakannya pasti akan mati seketika. Racun itu lalu ia taburkan di atas makanan mereka.

Kedua pendatang tadi juga mempunyai rencana, "Mengapa kita harus memberi dia. Jika telah kembali, kita bunuh saja dia. Emas itu semua akan menjadi menjadi milik kita berdua."

Mereka berdua kemudian membunuh si pemilik emas. Dan dengan perasaan senang karena mendapat emas lebih banyak, kedua lelaki itu kemudian menyantap dengan lahap makanan yang baru saja dibeli.
Beberapa tahun kemudian Nabi Isa bersama kaumnya melewati tempat itu. Mereka melihat tiga bongkahan emas dan tiga kerangka manusia.

"Lihatlah bagaimana dunia memperlakukan mereka," kata Nabi Isa AS kepada kaumnya.

Beliau kemudian berdiri di depan emas dan berkata, "Jadilah seperti asalmu." Emas itu pun kembali menjadi batu.