Wednesday, September 9, 2009

SIRAH NABI DALAM TUNTUTAN NAFKAH BAGI MEREKA YANG BERFIKIR

Hafshah adalah isteri Nabi SAW yang paling banyak bertanya dan banyak berkata-kata kepada Nabi SAW tentang sesuatu yang tidak penting dipertanyakan. Sememangnya dia beperwatakan kasar serta tetap dengan pendiriannya tetapi jauh di sudut hatinya dia seorang yang berlemah lembut dan dia adalah puteri kepada khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin Al-Khathab r.a.

Pada suatu hari para isteri Nabi SAW berkumpul di rumah Hafshah dan membicarakan sesuatu yang berkenaan dengan tuntutan nafkah. Isteri-isteri baginda SAW berbincang serta bersetuju menyuarakan agar mereka meminta tambahan nafkah daripada Rasulullah SAW. Disebabkan Hafshah yang paling berani, maka dengan keberaniannya itu, Hafshahlah yang terpilih sebagai wakil dan jururunding kepada Nabi SAW.

Mendengar kepada permintaan tersebut, Nabi SAW sangat marah dengan sikap isteri-isterinya yang meminta tuntutan tambahan nafkah daripada baginda SAW. Padahal mereka pun sedia maklum dan tahu, bahawa Nabi SAW tidak mempunyai apa-apa, namun mereka tetap meminta tambahan. Ini kerana mereka melihat isteri-isteri orang Yahudi yang begemerlapan dengan perhiasan, cantik berpakaian. Sesuai dengan naluri kewanitaan, mereka iri hati melihat perhiasan, kesenangan dan kemewahan.

Tuntutan mereka telah membangkitkan kemarahan Rasulullah SAW. Lalu baginda SAW menjauhi isteri-isterinya ke suatu tempat yang khusus, sebuah bilik yang dipanggil "Khazanah". Di pintu bilik itu dijaga oleh seorang hamba baginda SAW yang bernama Robbah dengan menerima pesanan dari baginda SAW agar tidak membenarkan sesiapapun masuk. Nabi SAW melakukan sedemikian selama sebulan lamanya.

Isteri-isteri Nabi SAW amat menyesali akan perbuatan mereka itu khususnya Hafshah. Hafshahlah punca keadaan ini berlaku serta menyebabkan kemarahan baginda SAW. Dia benar-benar menyesal dengan perbuatannya itu. Mendengar perkhabaran itu telah membangkitkan pula kemarahan kepada bapanya (Umar Al-Khathab r.a).

Umar r.a berkata kepada puterinya Hafshah: "Rasulullah SAW akan menceraikanmu".

Hafshah menjawab dengan menggelengkan kepala: "Tidak tahu".

Berkata Umar r.a lagi: "Baginda SAW sudah menjatuhkan cerai satu kali kepadamu, namun baginda SAW merujuknya kembali kerana baginda SAW melihat ayahmu ini, tahu!".

Umar r.a pada ketika itu benar-benar marah kepada puterinya itu, lalu berkata: "Andainya Rasulullah SAW tetap menceraikanmu, sungguh aku ayahmu tidak akan berbicara padamu selama-lamanya".

Demikianlah Rasulullah SAW memutuskan, kalau itu yang diminta (duniawi), jawabnya adalah menceraikannya dengan cara yang baik. Keputusan baginda SAW dibuat berdasarkan wahyu Allah SWT ketika bersendirian di "khazanah", firman-Nya

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kalian menghendaki kehidupan dunia dan segala perhiasannya, maka kemarilah, Aku akan memenuhi keinginanmu itu dan Aku akan menceraikanmu secara baik-baik. Dan jika kalian menginginkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) akhirat, sesungguhnya Allah SWT akan menyediakan bagi hamba-hamba yang baik di antara kalian pahala yang besar..." (Surah al-Ahzab: 28-29).

1 comment:

sensei_mataisu said...

Assalamualaikum,

not predicted at all..

this is my first impression when i visit this blog. im pretty shock.. it a long period before again i able to contact you from this blog..

Straightly introducing myself, I'm ex-student from from SMT Teknik Teluk Intan.. You know what! through the whole period in the school you're still that school counselor right??.. Yeah i still recognize you..

how about Semaian.. what about your news previously you talk about became hilir perak district counselor?? i just drastically shock by your present in SMK Telok Panglima Garang since when your transferal?

Well Done Abang Long, it's a long wide journey,Very nice blog i will frequently visit this blog so lots info's.. hopefully hear news from u again .. mail me.. :->

kaum_pemikir@hotmail.com