Monday, October 13, 2008

JENGOK-JENGOK ANAK DIDIK KITA....

Masyarakat kini perlu mencari alternatif yang terbaik untuk menangani masalah jenayah yang kian bertambah. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini menjadi igauan buruk ke atas setiap ibubapa apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka. Anak-anak tidak lagi boleh dibiarkan berseorangan walaupun ke kedai yang berhampiran. Ibubapa tidak senang hati bekerja di pejabat apabila teringatkan anak-anak yang tinggal di rumah bersama pengasuh mereka menjalani rutin harian seperti ke sekolah, tiusyen, mengaji, sekolah agama, aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain lagi.


Mengapa kita perlu hadapi situasi ini? Sudah menjadi kelaziman bagi beberapa pihak untuk mencari punca-punca permasalahan yang wujud. Maka lahirlah amalan menuding jari kepada pihak-pihak lain dalam menghuraikan kekusutan yang timbul. Pihak kerajaan mencuba berbagai pendekatan hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli akademik atau agensi-agensi yang berkaitan. Namun masalah jenayah kejam ini masih berlanjutan. Di manakah silapnya? Institusi yang memainkan peranan yang aktif dalam membentuk akhlak dan tingkahlaku remaja ialah pendidikan. Pada pandangan saya, perkara pokok yang perlu diberi penekanan dalam membicarakan masalah jenayah ini ialah didikan agama. Malah saya rasa ramai lagi yang menyokong hujah ini. Persoalannya sekarang ialah bagaimana untuk melaksanakannya? Kementerian Pendidikan diharapkan dapat menambah waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Kalau masih tidak mencukupi, kelas agama di sebelah petang samada KAFA atau Sekolah Agama Rakyat perlu diperluaskan. Sekiranya tidak mendatangkan masalah, sekolah agama dijalankan di bangunan sekolah pada waktu petang bagi menjimatkan kos membina bangunan baru. Sukatan pelajaran sebaiknya diselaraskan bagi mencakupi semua pengetahuan yang perlu bagi pemantapan iman kepada pelajar. Sistem persekolahan agama ini perlu dimurnikan lagi supaya ibu bapa menaruh kepercayaan terhadap pendidikan agama yang diberikan.


Pemantauan daripada nazir boleh mengelakkan ustaz atau ustazah daripada menyalahgunakan pengetahuan yang mereka berikan kepada unsur-unsur yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan. Apabila ilmu agama meresapi jiwa anak-anak muda ini, maka remaja kita akan dapat menilai serta mengawal nafsu mereka ke arah tingkahlaku yang dibenarkan oleh Islam. Bagaimanapun kawalan dari sumber-sumber lain yang boleh merosakkan akhlak juga perlu diambil kira. Satu persoalan lagi ialah penggunaan rotan sebagai hukuman kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Para guru sekarang takut untuk merotan pelajar yang membuat bising atau yang menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana khuatir tindakan yang menanti mereka sekiranya perkara ini dibawa ke muka pengadilan. Kesannya pelajar sudah berani mencabar guru. Malahan bukan perkara yang pelik lagi sekiranya sekarang ini pelajar tidak menghormati guru atau orang yang lebih tua dari mereka. Tanpa segan silu mereka menghisap rokok, mengusik remaja perempuan dan bergaduh di khalayak ramai. Sekiranya ditegur, mereka akan melenting dan mengugut untuk bertindakbalas. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada masyarakat kita apabila mereka meningkat dewasa?

3 comments:

norshafiza said...

Well said ustaz! There's something wrong somewhere. Rata-rata pelajar sekarang sememangnya kurang menghormati guru. Sebelum saya terjun ke dunia pendidikan, saya mmg tidak tahu menahu situasi sebenar pelajar2 sekarang. Almaklumlah, anak masih kecil. Dah masuk ke dunia pendidikan, baru saya tahu, betapa banyaknya tugas guru, bukan sekadar perlu masuk dan mengajar, tetapi perlu membentuk sahsiah mereka terlebih dahulu. Kalaupun mereka tidak suka kepada seseorang guru, adakah bermakna mereka tidak perlu menghormati guru tersebut? Tidakkah mereka diajar agar menghormati orang yang lebih tua dari mereka? Wallahua'lam

fauziah laili masri said...

Cabaran tugas seorang guru memang berat. Guru boleh mencapai darjat paling mulia dengan menjadi para dai' yang ikhlas di sisi Allah. Tapi bukan senang mencapai darjat itu, mungkin habuan yang diterima semakin memesong tugas sebagai pendidik yang sabar dan tulus. Masyarakat yang semakin pincang menambahkan lagi kerosakan akhlak dan moral para pelajar. Apa kuasa kita? Hanya seorang guru biasa... kekadang terbatas dengan pelbagai peraturan tertentu. Apa yang diri ini terfikir bagaimana nanti masadepan anak-anak yang sedang dalam proses membesar. Apakah mereka dapat menangkis arus modensasi seperti zaman yang telah kita lalui dulu..
p/s: Para ibubapa perlu sentiasa mengambil perhatian penuh kepada anak-anak masing-masing. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmah, taufik dan hidayahnya supaya berada dijalan yang diredhaiNya

Cikgu Nadarajan Thambu said...

ustad well done....